Isnin, November 10

Kasih ibu sampai ke mati





Kuala Terengganu: Demi kasih sayang ibu, seorang wanita sanggup mengorbankan 
nyawanya dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya 
dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang di sini, pagi ini.
Dalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK
) Pasir Panjang Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangkit dari
jatuh hanya mampu melihat jasad ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku
di atas jalan tar.Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari
 Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar
 Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang selepas singgah minum di sebuah
 warung berhampiran.
Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah
 motosikal ditunggang laju ke arah mereka.
Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak
anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.
Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak
 di atas jalan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian 
sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar 
yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.
Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1)
 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu
 secara melulu dan membahayakan.




«»

PELAJAR tingkatan empat yang merempuh Dayang turut cedera ringan. FOTO ihsan 


Ahad, November 2

Piala Malaysia: Pahang pertahan mahkota kejuaraan benam JDT


PEMAIN Pahang meraikan kemenangan menjuarai Piala Malaysia 2014 selepas menundukkan JDT, 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto Khairull Azry Bidin
KUALA LUMPUR: Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Perlawanan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat masa penuh permainan dan 30 minit masa tambahan turut gagal menghasilkan sebarang gol.
Hadir dengan semangat tinggi, Pahang begitu pun terpaksa bergelut apabila terpaksa beraksi 10 pemain ketika perlawanan masih berbaki 30 minit.
Begitupun, ia tidak melemahkan semangat pemain Pahang malah tidak menerapkan corak permainan bertahan sepenuhnya untuk meledak gol penyamaan.
Pada minit ke-68 perlawanan, Pahang jelas tertekan apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Mohd Saiful Nizam diarah keluar padang kerana mengasari Amri Yahyah.
Begitupun, kekurangan itu tidak melemahkan moral Pahang yang meledak gol penyamaan, dua minit selepas itu menerusi gol kedua Dickson Nwakamae.
Menerusi gerakan yang dibuat Mohd Hafiz Kamal, bola yang dihantar tepat ke kaki Damion Stewart pantas dihalakan kepada Nwakamae yang meledak gol penyamaan Pahang.
Kemenangan turut menyaksikan JDT gagal menamatkan badi ke atas Pahang selepas gagal mencatat kemenangan dalam dua pertembungan musim ini.
Memiliki pemain yang pernah beraksi di pentas final tahun lalu, Pahang kelihatan lebih tenang mengawal permainan dan berjaya melancarkan beberapa serangan ke gawang JDT namun gagal menerjah gol.
Namun keadaan padang yang licin akibat hujan sebelum permainan dilihat agak merencatkan sedikit gerakan kedua-dua pasukan.
Pahang begitupun terlebih dulu di depan seawal minit ke-14 menerusi tandukan penyerang 'besi', Nwakaeme yang menyambut kemas sepakan percuma Azidan Sarudin.
Pahang memperoleh sepakan percuma itu selepas pemain sayap lincah, R Gopinathan dijatuhkan pertahanan JDT, Mahali Jasuli.
Seakan terdesak dengan jaringan Pahang, JDT pantas mengubah kepantasan permainan dan hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kapten, Safiq Rahim namun berjaya ditampan pertahanan Pahang.
Perlawanan kemudian bertambah panas yang menyaksikan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed terpaksa melayangkan kad kuning kepada Jasazrin Jamaluddin kerana mengasari Gopinathan.
Memasuki minit ke-31 permainan, JDT memperoleh jaringan penyamaan menerusi jaringan penyerang import, Jorge Diaz yang tidak mempersia-siakan kekalutan di depan gawang Pahang dengan meledak masuk gol menewaskan penjaga gol, Khairul Azhan.
Dan berselang empat minit, JDT dianugerahkan sepakan penalti selepas kapten Pahang, Razman Roslan memegang bola kawasan penalti.
Penalti disempurnakan seorang lagi pemain import JDT, Luciano Figueroa.
Permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling melakukan beberapa cubaan berbahaya namun gagal menambah jaringan.
Memasuki babak kedua, perlawanan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
JDT hampir menambah gol ketiga pada minit ke-52 namun cubaan Figueroa terkena tiang sekalipun penjaga gol Pahang, Khairul Azhan sudah pun tertewas.
Gerakan cantik itu yang bermula menerusi Diaz itu gagal disudahkan Figueroa sekalipun hanya berhadapan dengan Khairul Azhan.
Sekalipun JDT jelas mendominasi permainan, tiada tambahan gol berjaya dijaringkan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Pada masa tambahan, Pahang jelas terpaksa lebih bertahan namun tetap berjaya mendapatkan beberapa peluang.
Kali terakhir peminat Johor menikmati nikmat menjulang Piala Malaysia ialah pada 1991 dan bagi Pahang, ia menjadi kejuaraan keempat.
Kali terakhir perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti ialah pada 1998 yang menyaksikan Perak muncul juara dengan membenam Terengganu 5-3 selepas permainan terikat 1-1 tamat masa permainan.
Tahun lalu, Pahang muncul juara buat kali ketiga selepas menewaskan Kelantan 1-0

Selasa, September 30

Sejarah Ringkas Rasulullah SAW Menunaikan Ibadah Haji

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.


selasa 30-9-2014... jemaah semakin ramai membanjiri tanah haram. Datang dari pelbagai tempat sepelusuk dunia, pelbagai tingkat golongan. Ada yg dtg kali pertama, kedua dan seterusnya. Berapa kalikah kita wajib menunaikan haji? Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kamu menunaikan haji, maka tunaikanlah haji itu" Seorang lelaki bertanya; "Adakah setiap tahun Ya Rasulullah?". Baginda diam tidak menjawab sehingga lelaki tadi bertanya lagi kali kedua dan ketiga. Rasulullah menjawab: "Jika aku berkata YA, nescaya jadi wajib dan kamu tidak dapat melakukannya". Seterusnya Baginda berkata lagi; "Biarkanlah apa yang aku sengaja diamkan. Sesungguhnya telah binasa umat-umat sebelum kamu kerana mereka banyak bertanya pada hal mereka memperbuat apa yang menyalahi para Nabi mereka. Oleh itu, apa yang aku suruh kamu melakukannya, lakukanlah sedaya upaya kamu, dan apa-apa yang aku tegah, hendaklah kamu tinggalkannya"

(Daripada Abi Hurairah r.a.: Bukhari dan Muslim)

Rasulullah mengerjakan haji sekali sahaja seumur hidupnya. Haji tersebut dikenali sebagai Haji Wada' yang bermaksud haji perpisahan. Tak lama setelah melaksanakannya, baginda wafat.... Kitalah umat yang dirinduinya... Allah.. Allah... (mood seddiihhhhh....).. Umat yang hidup selepas kewafatan Baginda.. bersungguh-sungguhlah kita untuk menjadi kekasih kepada kekasihNya...

Rasulullah s.a.w. menunaikan haji pada tahun ke 10 Hijrah, bersama para isteri dan disertai kira2 90,000 org para sahabat (ada riwayat yang mengatakan lebih dari itu). Baginda bermalam di Zulhulaifah (Bir Ali), kira2 10km dari kota Madinah. Keesokan harinya, Baginda dan para sahabat memakai ihram serta berniat haji. Ucapan talbiahpun diungkapkan beramai-ramai... Maka bergemalah talbiah sepanjang perjalanan mereka. Begitu bersemangat talbiah diungkapkan.

Baginda dan rombongan tiba di Mekah pada Ahad, 4 Zulhijjah iaitu 9 hari perjalanan. Bayangkan.... perjalanan merentas padang pasir yg panas dan kering... Kita? Sungguh selesa di dlm bas yg berekon, perjalanan cuma 8-9 jam shj! Allahuakhbar.....

Setiba di Mekah, Baginda dan para sahabat berdoa tatkala melihat Ka'abah, bertawaf 7 kali, solat 2 rakaat di belakang Makam Ibrahim, meminum air zam-zam dan bersaie di antara Safa dan Marwah 7 kali.

8 Zulhijjah, Baginda dan para sahabat berangkat ke Mina dan bermalam di Mina. Keesokannya, 9 Zulhijjah, Baginda dan para sahabat menuju ke Arafah. Bilangan rombongan meningkat kepada 124,000 orang. Itulah perhimpunan yg paling besar pernah berlaku....

Dannnn.... di sinilah Baginda menyampaikan khutbahnya yang terakhir...... 

Kemudian, Baginda dan para sahabat menyempurnakan semua ibadat hajinya. Tinggal di Arafah pada 9 Zulhijjah sehingga terbenam matahari. Baginda dan para sahabat bertolak ke Muzdalifah sebelum gelap dan bermalam di sana. 10 Zulhijjah, Baginda dan para sahabat ke Mina dan melontar jamrah, seterusnya menyembelih binatang korban. Semuanya selesai pada 13 Zulhijjah. 

14 Zulhijjah, Baginda dan para sahabat berangkat balik ke Madinah Al Munawwarah.

                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                  
                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                 
Ya Rasulullah.... sesungguhnya kami amat merinduimu... Ya Allah, kurniakan kami Haji Mabrur... Janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk. Tetapkanlah iman kami Ya Allah..... Lindungi kami dari kesesatan...



A Brief History Rasulullah SAW Perform Hajj


Sabtu, September 27

Disebalik MERDU-nya, Ada MAKNA-nya (Kisah hafiz Al-Quran yang dipenjara)

Saksikan (part 2) bacaan dari peminat:

Masih ingatkah anda dengan alunan suara merdu hafiz yang dipenjara ini?? Ramai yang tidak tahu, sebenarnya ada pengajaran yang disampaikan di dalam ayat Al Quran (surah Al-Qalam) yang dibacakannya.

Dialah Muhammad Jamaluddin, Remaja berusia 16 tahun (2014), yang mengalunkan hafalan surah Al-Qalam di sebalik tirai besi sejak awal Ramadhan 2014 lalu. Ditangkap semasa Keluar jemaah tabligh di Kota Baru dan kini dipenjarakan selama 6 bulan di Penjara Machang Kelantan, diatas kesalahan berada di Malaysia melebihi tempoh. 

Sama-sama kita mendoakan semoga Allah permudahkan urusan muhajidin muda ini.Allahuakbar!

Betul Ke Rowan Atkinson Mr Bean Masuk Islam?

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai Mr Bean memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial. Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.
Selepas tersebar berita itu, peminat mulai tweet dan menulis update status mereka di laman sosial serta menyebarkan berita ini. Walaubagaimana pun ada blog yang menafikan laporan ini.
Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad. Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.
Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.
Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. Ini bermakna tiada pengumuman rasmi dibuat sendiri oleh pelakon berkarakter lucu ini.  Maksudnya, tiada pengesahan daripada mulut Atkinson berhubung laporan ini.
Mr Bean terkenal dengan dalam siri komedinya selain beberapa buah filem. Dia mula dikenali pada peringkat global selepas muncul bersama siri komedi Mr Bean sekitar 1990. Namun, Mr Bean popular di UK selepas menjayakan beberapa program komedi seperti Not The Nine O’clock News pada awal 1980 an untuk stesen BBC.
Sebelum ini, kita juga ada mendengar beberapa selebriti lain telah didakwa memeluk Islamhingga menimbulkan tanda tanya. Antaranya, Michael Jackson, Jermaine Jackson, Liam Neeson dan Nicolas Anelka.
mr bean

Jumaat, Julai 18

Tragedi Nahas MH17

Foto Tragedi Nahas MH17


BERIKUT merupakan gambar tragedi Nahas MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine sehingga mengorbankan 295 penumpang dan anak kapal pada Khamis.
Seorang perempuan rakyat Ukraine tidur dihadapan Kedutaan Belanda sambil memegang poster tertulis 'Putin pembunuh' bagi merujuk kepada peristiwa penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di kawasan konflik di timur negara itu.

Sabtu, Jun 21

Minda Sihat

Program Minda Sihat di sertai oleh pelajar SMK Cenderawasih amat menyeronokkan.... 
(gambar fasilitator )
 


Ahad, Januari 12

~Warkah Buat Ammar ~


Assalamualaikum w.b.t.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.

*****
Sajak ini didedikasikan kepada seorang sahabat pengarang.
Sajak ini bernama,' Warkah Buat Ammar'.


"Mati tak bisa untuk dihindari,

tak mungkin bisa engkau lari,
ajalmu pasti menghampiri.
Mati tinggal menunggu saat nanti,
kemana kita bisa pergi?



Mati itu pasti,

Hidup cuma sekali,
     di alam duniawi.
Namun, hidup kan abadi,
     dalam alam ukhrawi.
Jadi, perbanyakkan amali,
     kurangkan maksiat,
Insya Allah diberkati,
     agar dipermudahkan urusan hayat.

Hatiku sebak menahan pilu,
Kuteringat kenangan bersamamu,
kernaku tidak dapat
              berada di sisimu
              mengalir air mata kesedihan
              tidur semalaman,
Diriku terkaku, lidahku membisu
Turunnya hujan membawa rahmat,
Seakan bumi menangisi pemergianmu,
             langit menyembunyikan sinaran
             angin menyampaikan salam perpisahan.

Mereka yang beriman,
      sering kali diuji.
Engkaulah sahabat, engkaulah teman,
      pendorong kami kepada Ilahi.

Dalam ingatan, dikaulah insan bermakna.
Seorang pelajar serba tahu dan mesra
Lembut bicara, manis tutur kata
Menjadi ikutan dan teladan remaja
sepanjang masa.



Hadirmu membawa seri
      kehilanganmu tiada pengganti.
Andainya kami mengetahui
     dirimu lebih disayangi Illahi.
Betapa kami amat merindui
      senyumanmu yang menawan hati.

Jiwamu kental bekerja
Tidak jemu, sepenuh masa
Berkhidmat kepada manusia
Dikau insan mulia.
Seandainya daku dapat melawat bumi Turki,

kuburmu pasti akan kulawati,

saat-saat kita bersama, sentiasa kuingati.

Bersemadilah enta dengan aman,
kerna Allah menjanjikan syurga,
pada hamba-Nya yang beriman,
begitu juga enta, sang syuhada.

Al-Fatihah, kubacakan untukmu.
Bersama doa, kusedekahkan kepadamu."

(Ahmad Ammar bin Ahmad Azam: 1993 - 2013)

Jumaat, Disember 27

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar - daripada Muhammad bin Ahmad Zahid

Bismillah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Oleh kerana ramai yang bertanya dan ingin mengenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yang baru-baru ini menggemparkan ummah dengan pemergian beliau menghadap Ilahi. Maka saya sebagai sahabat sepengajian beliau di Turki berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan serta mem-promote-kan segala kebaikan yang beliau pernah lakukan semasa hayatnya mudah-mudahan ia dikira ilmu bermanfaat yang ditinggalkan beliau (yang mana pahalanya berterusan sehingga kiamat). Harap kepada siapa yang baca, bacalah sampai tamat. Maaf ia agak panjang dan akan mengambil masa paling kurang 20 minit dengan banyak ayat yang tak tersusun.
Beliau antara student Malaysia terawal (beliau batch ke-2, saya ke-4 walaupun sampai sekarang student Malaysia di Turki tak sampai 35 orang pun) yang melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abang Long. Agak aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung di Turki, negara yang sering dilabel sebagai negara Eropah yang 'sakit'. Sepatutnya beliau ke tempat yang lebih berprestij. Dah la ambil Turki, ingatkan ambil medic ke, atau engineering, tengok-tengok ambil sejarah, bidang yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pulak tu. MashaAllah! Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil sejarah. Jawapan beliau,
Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, takde kuasa dunia yang lagi lama daripada tu, negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tak bangga, tu sejarah kita. Kita boleh kembalikan balik sejarah tu. Lepas tu kita ni dah belajar tinggi-tinggi, last-last orang yang belajar lebih-lebih kurang pulak control kita. Sebab tu ana ambil sejarah.
Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau.
Beliau seorang yang sangat pendiam, tapi sekali beliau cakap, semua orang nak dengar dan akan ingat apa yang beliau cakap. Beliau juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang ingat bila dan apa yang buat beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat kekok kalau beliau dalam situasi tersebut. Pernah sekali beliau bawa student Malaysia overseas yang datang cuti di Turki dan kebetulannya perempuan, oleh kerana beliau malu nak beritahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami yang ambil master di Turki untuk tolong beritahu perempuan tu apa yang dia nk beritahu. Padahal beliau ada depan perempuan tersebut. MashaAllah, begitu sekali beliau menjaga dirinya.
Beliau seorang yang sangat rajin menolong, kalau ada program apa-apa di rumah, beliau orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu-sapu, kadang-kadang masak dan hidangkan makanan. Beliau jugalah yang last sekali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu-sapu balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga-jaga ketika bertanya dan sangat berdisiplin. Sebab beliau pernah cakap,
Dulu masa kecik-kecik memang kuatlah main-main tapi lepas masuk RMC memang kena train habis.
Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. Mana tidaknya, masa first time saya ngaji depan orang umur 8 tahun, atas permintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam program ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak saya sampai di Turki, kalau sabtu ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari-hari lain saya di asrama Turki), makan sama-sama, beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis kt whiteboard dan akan tidur di biliknya. Antara cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pada masa tu saya ingat mungkin dari sek. menengah lagi kot dia macam ni. Beliau sering tidur lewat kerana membaca buku (buku-bukunya banyak yang dah rabak dan banyak tulisan menunjukkan yang memang beliau membacanya). Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yang saya jadikan rujukan utama. Beliau pun beritahu laa buku-buku dan article-article sebagai persediaan untuk saya. Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang akan present mengenai apa-apa ikut bidang masing-masing.
Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama-sama selama seminggu. Dalam seminggu tu ada 1 hari full program dari pagi sampai malam. Kami dibahagi-bahagi ikut kumpulan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya diketuai oleh beliau. Tapi yang lawaknya nama kumpulan saya yang beliau beri, oleh sebab beliau sangat suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yang beliau bagi ialah 'Fatih Var Mı?' yang bermaksud 'Fatih ade ke?'. Sangat kelakar sebab nama kumpulan kami soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil, semua akan ketawa terbahak-bahak termasuk kami dan beliau sendiri. Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. Dalam muzium itu, beliau seolah-olah jadi penceramah apabila segala gambar-gambar yang ada dalam muzium tersebut beliau terangkan dengan detail lebih daripada petugas-petugas muzium terangkan pada kami.
Ada sekali tu time makan malam di rumahnya, beliau cerita pengalaman beliau semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Beliau kata,
Ana ni bukannya reti Arab.
Semua orang yang menyertai misi ini tahu bahasa Arab dan bila tentera Syria tanya dari mana datang, mereka jawab "Syria" (walaupun bukan sebenarnya). Bila sampai turn beliau ditnya, beliau jawab "Maliziya", terus tak dapat masuk. Alhamdulillah, beliau berjaya juga cari jalan belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi. Sebelum beliau pergi, beliau pernah kata,
Ana kalau tengok perempuan-perempuan Turki ni mesti rasa macam nak kena kahwin dah ni, tak tahu sebab apa.
Ketika beliau bermalam di wad hospital Syria, beliau terdengar bunyi bom yang sangat kuat, terus beliau mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid). Kemudian takde apa-apa berlaku beliau terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ada bertanya dengan seorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh cakap Inggeris sikit-sikit)
Kenapa pemuda-pemuda kat sini berani betul dan nak syahid?
Driver tu jawab,
Pemuda kat sini dah tak pandang dah harta-benda dan wanita-wanita, diorang semua hanya tunggu Syurga dan bidadari Syurga, sebab tu diorang nak syahid.
Beliau pun ceritakan apa yang beliau mimpi, driver tu kata,
Awak ni boleh mati syahid ni.
Sekembalinya beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (pasal baru habis baca buku 'Kemenangan yang Tertangguh' oleh saudara Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid yang Tertangguh'. Bila beliau cerita pada kami yang beliau mimpi. Kami semua gelak dan kata,
Anta ni kuat sangat bergurau.
Namun hari-hari berikutnya beliau memang berubah, setiap kali beliau pandang perempuan, tiada apa-apa yang dirasainya. 'Ajeeb!!!
Pernah juga beliau minta pada saya,
Anta tolong ngaji time ana kahwin nanti ye.
Sy pun jawab sambil tersengih,
Dah dekat ke? Dengan orang mana?
Beliau jawab,
Ana mintak ayah ana carikan, ayah nak cari orang Bosnia.
Katanya sambil berseloroh. Beliau juga cakap,
Nanti kalau kata ana meninggal kat sini pun anta tolong ngaji juga sikit paling-paling pun Qul huAllah pun ok la.
Saya pun jawab,
Tak yah laa cakap-cakap macam tu.
Beberapa hari sebelum beliau pergi menghadap Yang Maha Esa, kami bertemu dalam satu majlis makan malam di Çamlıca. Turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan kenapa saya selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya saya macam mana boleh jumpa Dr. Davut sebab beliau nak sangat jumpa dengannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bawa jumpa masa dia datang Beşiktaş hari tu. Beliau kata Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja dah boleh gerunkan musuh-musuh Turki. Pada malam itu beliau bercakap banyak lebih dari biasa.
HasbunAllahu wani'mal wakeel! Wallahi, tak saya sangka-sangka itulah pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu, insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya. Beliau pergi meninggalkn kami dan ummah buat selama-lamanya. Saat beliau ingin melintas di jalan raya, kaki beliau tergelincir kerana jalan memang agak licin, terus dilanggar sebuah ambulan kena bahagian bahu beliau (faham-fahamlah ambulan Turki laju macam mana). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba di airport pada besoknya dengan keadaan yang cukup tenang (saya tak pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggil olehNya, malah beliau merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga). Saya masih tak dapat terima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah beliau. Saya kenal muka beliau time tidur dan begitulah wajah yang sama pada ketika itu, memang rasa macam nak kejutkan je. Namun Allah lebih menyayangi beliau.
Ketika jenazahnya disolatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang hadir. Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan-rakannya sama-sama ponteng kelas pada hari itu sebab lecturer-lecturer pun tak datang universiti semata-mata untuk bersama solatkan jenazah beliau. Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tak sangka beliau boleh ditempatkan di situ (kerana perkuburan tersebut juga ada makam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yang lain, jadi agak luar biasa kalau orang yang tiada kaitan dengan kerajaan, tambahan pula foreigner untuk ditempatkan di situ) MasyaAllah! Ketika itu, kawan-kawan universiti beliau turut memakai lencana gambar beliau pada pakaian masing-masing. Dalam video, sebenarnya bukan saya dijemput untuk baca surah Al-Ikhlas (tak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk baca. Saya cakap dekat Hoca bahawa Al-Marhum pernah minta saya baca pada masa ini. Saya pun baca surah Al-Ikhlas sebnyak 3 kali (dalam video tu kali pertama), kali ke-2 dan ke-3 saya sebak dan tak dapat menahan air mata yang mengalir mengenangkan permintaan beliau semasa hayatnya yang pada masa itu saya fikir beliau bergurau. Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jumpa dan kata pada saya sambil senyum,
Nanti baca lama-lama lagi.
Saya terdiam, hati saya kata 'pakcik ni tak rasa sedih ke?', saya lebih emosi dari bapa beliau ketika itu. Pada keesokan harinya, bapa beliau mendapat panggilan telefon dari Dr. Davut yang turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin sangat beliau nak jumpa semasa hidup tapi tak berkesempatan. Namun saat beliau pergi, turut mendapat pengetahuan orang itu. Beberapa hari yang lalu, fakulti beliau di Universiti Marmara telah menanam sebatang pokok yang diberi nama sempena nama beliau. Papan utama di Marmara Universiti tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang bermaksud "Kami amat merinduimu, Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana tersebut kata pada saya sambil menggeleng kepala,
Ini bukan anak yang pakcik didik ni, mesti ada orang lain yang didik dia sampai ke tahap ini.
Last sekali sebelum beliau pergi, status terakhir beliau di FB, surah Taubah ayat 111 yang mana Allah berfirman,
"Sesungguhnya Allah membeli orang-orang mukminin, diri mereka serta harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
Cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha beliau tetap telah pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang beliau tinggalkan pada saya. Kalau dulu orang sebut 'Fatih var mı?' pasti akan ketawa terbahak-bahak, namun kini kalau disebut lagi, hanya wajah beliau yang akan dikenang dan air mata akan mengalir. Ramai di antara kami ingat apa yang jadi pada beliau akan menjadi kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak-anak mereka ke Turki. Namun kuasa Allah, rupa-rupanya beliaulah pencetus dan pembuka mata kepada masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki di samping menjalinkan hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki.
Sungguh, beliau hebat, hebat, memang hebat!!! Moga dengan hanya menonton video ramai lagi pemuda-pemuda yang akan mengikut jejak wira Uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama-lamanya mencemburui beliau.
http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE

semoga Ahmad Ammar bahagia disana
Al Fatihah..

İSTANBUL,TÜRKİYE